Jauh

5:22 PM

Kau persis bintang yang selalu menerangi gelap hidupku,
Tidak bisa dicapai
diambik
dibawalari
tapi; 
boleh ditatap penuh rasa
boleh bahagiakan hati sang lara

jauh, 
 tak terbayangkan
kau di sana
selamanya

Kau sudi

4:57 AM



Kau sudi;
Memeluk cium
Aku yang hina ini

Kau sudi;
Membelai lembut
Aku yang degil ini

Kau sudi;
Membisik memujuk
Aku yang alpa ini

Kau sudi;
Merangkul jiwa sepi
Anak muda ini

Permaisuri hatiku. Ibu.


H a t i

11:06 PM

hati aku;
ditoreh seberapa banyak
dilenyek sekuat-kuat
dilanggar selaju-laju
diheret tanpa belas kasihan
didera begitu kejam

tapi;

dia tetap kuat
gagah
bersemangat
mengharungi luka-luka yg berbisa
walau jauh disudut hati
ia perit
hancur
bagai tiada erti

maafkan aku;
wahai hati yg tabah

S e n y u m

11:04 PM

senyum;
tiada tangis lagi
senyum;
tiada emosi lagi
senyum;
tiada tekanan lagi
senyum;
tiada rapuh lagi

kau senyum;
sentiasa dan selamanya.

K a t a D i a ;

2:57 PM

kata dia;
kau hodoh
kata dia;
kau menjengkelkan
kata dia;
kau serba tak kena
kata dia;
kau pelik
kata dia;
kau sombong

kata aku;
belum kenal
jgn heboh mcm tahu aku
jgn cerca mcm kau sempurna
jgn menilai seolah kau tuhan

kata dia;
tak usah dilayan

L e n y a p

12:52 PM

bagai ada satu jiwa;
mencari, menyelongkar suatu benda yg tak pasti
hilang; entah kemana
sunyi bagai tiada suara
layu bagai tiada harapan
kaku bagai tidak bisa berjalan

ahhh, mana hilangnya?
lenyap seakan dilautan;
hilang seakan didaratan;
mana jasadnya?
mana anggotanya?
hilang begitu..

tapi ada satu semangat yg berbaki
di jiwa sang hati.