perasaan

7:30 PM

perasaan yang diperhambakan
yang selamanya binasa
yang tiada pangkal akhirnya
diracun durjana disiksa perih
itu bukannya cinta
 
kalau yang namanya manusia
takusah dilari namanya kasih
takusah dilupa namanya rindu
takusah dibenam namanya cinta
kerana kelak dibiar ratap hanyutnya jiwa
dibiar hancur dibasuh luka
ditusuk pilu dibuang merata
 
perasaan?
itu sampah
kerana dibiar jiwa2 yang taktahu ertinya harga
yang masih kabur ditelan asmara
yang tidak tahu mananya kaca mananya permata

aku

6:30 PM

aku adalah aku
nak dikatakan sejenis yang bagaimana, "SUSAH". kerana aku tak perlu dinilai sesempurna hendaknya, bagi aku nak tahu aku, jom kita "KENAL"
 
aku dibesarkan dan dididik oleh kedua orang tuaku; mak & bah. ditatang bagai minyak yang penuh, dikasih dibelai penuh manja. mak seorang yg berdisplin bagi aku. apa yang dilarang usah sama sekali merayu. bah pula seorang yang kelakar tetapi jangan cuba-cuba cabar amarahnya kalau tidak mahu bertanda dimuka. mak dibesarkan bersama protokol2 istana; dimana segala susah mak merasa sendiri. semua sendiri. itu sebab aku sangat bertuah memiliki mereka dalam hidupku. tanpa mereka aku tak tahu ertinya kehidupan dan tanpa mereka jualah aku bukan sebagai "SYAZWANI"
 
diri aku pula sememangnya "PELIK". susah orang nak faham siapa aku walaupun kawan aku yg dah bertahun lamanya kenal pun tak jangka perangai aku sebegini rupa. hahaha. walau siapa aku sekalipun aku tetap aku. takusah dilakonkan, diubahsuaikan kerana yang tetap selamanya inilah diri yang penuh compang-campingnya.
 
aku sejenis yang pendiam dan susah nak bersuara dikhalayak ramai. self-confidence tersangatlah kurang tetapi semakin matangnya usia ini, aku dah semakin mahu menjinak-jinakkan diri berada dikhalayak ramai. hahaha. masih mencuba dan perlu digilap lagi. EGO? sudah tentu ada. aku ni sejenis yang sukar dalam perhubungan. bukannya anti lelaki pun cuma lebih protective takut2 pisang berbuah dua kali. maksudnya takut apa yang diharapkan menjadi sia-sia. nak disayang? BOLEH, nak dirindu? BOLEH cuma nak ke arah perhubungan memakan masa sikit. Bagi aku kenal lah dulu hati budi masing2. jangan main serkap jarang je. :)
 
yang namanya perempuan semestinya berhati lembut. segarang2 akak polis tu pun mesti kalah dengan airmata. aku ni mudah terkesan orangnya. janganlah uji aku dengan airmata sememangnya I SURRENDER! tetapi selembut2 aku ni ada juga "ganas" & "lasak"nya. bak kata orang tu, "gaya manja mcm Ella, tapi jiwa penuh rock" hahahahah #sistabah 
 
kesetiaan? kejujuran? kepercayaan? semua tu kalau nak tahu kena kenal dulu diri ini. takmahulah nak rumus banyak2, lagi2 bab hati & perasaan.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
DAH KENAL BARU TAHU SIAPALAH SAYA


agama

9:00 AM

agama itu satu
yang menghimpunkan jiwa2 insan
yang menegur halus memerah rasa
yang membancuh pekat isinya kata

agama itu mulia
yang diambil baik dibuang buruk
difaham perlu dilupa jangan
usah ditentang mesti dihormat
semestinya Tuhan memberi pengurniaan

paksakan tubuh tunduk
pasakkan kaki sujud
biar diri menyentuh bumi
biar nafas mengalur lembut
bisikan doa dalam alunan syahdu
merayu menyembah pada Dia yang satu

ya agama itu mudah
tetapi tak semudah fikiran manusia
diubah dipusing kata-kata nista
ahhh, ini bukan namanya hamba

kalau benar kau tahu agama
jangan biarkan syaitan merasuki jiwa
jangan letakkan nafsu ditempat pertama
kerana iman itu segala galanya

wahai manusia yang rakus
ini aku seperti kamu
masih mencari kasihnya satu
dalam diam telah kau bertemu
menerusi tahajud sepertiga malam yg lalu.






kasih lama

8:00 AM

jangan dibuang kasih yang lama
jangan dijulang cinta yang baru
kelak yang lama masihnya utuh
walau seberapa geloranya badai meribut

disisih diragut jiwa yang lara
diperkotak katikkan manusia hina
diangkat mulia disanjung dimata
namun berkekalannya entah kemana

yang baru itu bukanlah bunga
yang lama itu pasti madunya
jangan dihukum atasnya luaran
nilailah jiwa yang kekal pada Tuhan

barang yang lama kekal berharga
barang yang baru kekal bernyawa
jangan ditinggal tinggalkan emasnya permata
walau dilambung darjat dan harta

ini cerita tentang kasihnya lama
kerana yang lama itu setianya hidup.

pesan bonda

7:00 AM

wahai permata bonda
nyamanlah dikau dalam rahmatNya
jangan dipujuk rayu manusia durjana
kelak dirimu nahas binasa

wahai jiwa yang utuh
tiada apa yang mampu bonda berikan
melainkan tulus ikhlas cinta ini
yang pastinya tiada apa mampu diganti

moga suatu hari nanti kau diingati
dijulang dihormat dikasih
selamanya kau disisi
kurniaNya illahi

bangkitlah kudratmu wahai arjunaku
dalam iringan doa kudus kubersatu
semoga kau mampu membela nasib jiwa yang hanyut
menjadi sang perwira setia pada satu

jangan dilupakan jangan disisihkan
berharapnya bonda sentiasa.