perasaan yang diperhambakan yang selamanya binasa yang tiada pangkal akhirnya diracun durjana disiksa perih itu bukannya cinta kalau yang namanya manusia takusah dilari namanya kasih takusah dilupa namanya rindu takusah dibenam namanya cinta kerana kelak dibiar ratap hanyutnya jiwa dibiar hancur dibasuh luka ditusuk pilu dibuang merata perasaan? itu sampah kerana...
agama itu satu yang menghimpunkan jiwa-jiwa insan yang menegur halus memerah rasa yang membancuh pekat isinya kata agama itu mulia yang diambil baik dibuang buruk difaham perlu dilupa jangan usah ditentang mesti dihormat semestinya Tuhan memberi pengurniaan paksakan tubuh tunduk pasakkan kaki sujud biar diri menyentuh bumi biar nafas mengalur lembut bisikan doa dalam alunan syahdu...
jangan dibuang kasih yang lama jangan dijulang cinta yang baru kelak yang lama itu masihnya utuh walau seberapa geloranya badai meribut disisih diragut jiwa yang lara diperkotak katikkan manusia hina diangkat mulia disanjung dimata namun berkekalannya entah kemana yang baru itu bukanlah bunga yang lama itu pasti madunya jangan dihukum atasnya luaran nilailah...
wahai permata bonda nyamanlah dikau dalam rahmatNya jangan dipujuk rayu manusia durjana kelak dirimu nahas binasa wahai jiwa yang utuh tiada apa yang mampu bonda berikan melainkan tulus ikhlas cinta ini yang pastinya tiada apa mampu diganti moga suatu hari nanti kau diingati dijulang dihormat dikasih selamanya kau disisi kurniaNya illahi bangkitlah kudratmu...