Dia

12:11 AM

Dia;
yang namanya sempurna
Dia;
yang namanya berkuasa
Dia;
yang namanya cinta
Dia;
yang namanya Allah

Hanya Dia yang Maha Agung,
Hanya Dia yang Maha Pemurah,
Hanya Dia yang Maha Esa,
Hanya Dia Tuhan yang bertakhta


aku hanya hamba yang kerdil
tak meminta apa melainkan rahmatMu
tak meminta lebih hanya syurgaMu
tak meminta kurang hanya pertolonganMu

ya Allah,
redhakan aku
dalam perjalanan hidup yg berliku
berikan aku kekuatan
untuk aku tabah menghadapinya
jangan kau, ya Rabb
hilangkan rasa ini
kerana tiada daya dan kekuatan melainkan kepada engkau
Allah swt.