agama

By Syazwani Shamsul - 12:00 AM

agama itu satu
yang menghimpunkan jiwa-jiwa insan
yang menegur halus memerah rasa
yang membancuh pekat isinya kata

agama itu mulia
yang diambil baik dibuang buruk
difaham perlu dilupa jangan
usah ditentang mesti dihormat
semestinya Tuhan memberi pengurniaan

paksakan tubuh tunduk
pasakkan kaki sujud
biar diri menyentuh bumi
biar nafas mengalur lembut
bisikan doa dalam alunan syahdu
merayu menyembah pada Dia yang satu

ya agama itu mudah
tetapi tak semudah fikiran manusia
diubah dipusing kata-kata nista
ahhh, ini bukan namanya hamba

kalau benar kau tahu agama
jangan biarkan syaitan merasuki jiwa
jangan letakkan nafsu ditempat pertama
kerana iman itu segala galanya

wahai manusia yang rakus
ini aku seperti kamu
masih mencari kasihnya satu
dalam diam telah kau bertemu
menerusi tahajud sepertiga malam yg lalu.






  • Share:

You Might Also Like

0 comments