cinta itu kosong

By Syazwani Shamsul - 8:48 PM

adakah aku terlalu mengejar cinta dan disebabkan itu aku merasa kosong?

cinta yang buat aku hilang arah

yang menjunamkan jiwa aku kebawah

tanpa aku dapat merasa secebis kebahagiaan daripada insan yang tulus mencintai aku sepenuh hati.

 

kini aku sedar

selama mana kau berlari mengejar cinta

hati kau akan hancur punah setiap kata

jalan yang kini kau rasa mudah semakin sukar untuk kau tempuhi

kerana hati kau masih mengharapkan dia kembali disisi.

 

biar aku berdiam diri

memerhati dan mendengar segala kisah yang disampaikan dari hati

buat teladan untuk diri

berjuang tanpa merayu cinta si dia yang ku nanti.

 

biarkan kenangan yang membawa aku hanyut …. jauh dari realiti

kerana aku hendak abadi dicintai di syurga firdausi.


 

 

 

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments