hidup

By Syazwani Shamsul - 9:56 AM

sepasang mata berkaca,
tubuh kaku dimamah usia,
kudratnya lemah tak berdaya,
menunggu Sang Pencipta.

urat-urat timbul tak sekata,
jiwa rapuh penuh pengharapan,
masanya sudah tiba.......


Kehidupan. Aku mengerti bahawa hidup ini adalah suatu pengorbanan. Masa, tenaga, wang ringgit semuanya bakal hilang sekelip mata. Hanya yang tinggal adalah amalan dan doa yg sentiasa mengiringi setiap perjalanan.

yang pergi tetap akan pergi
yang hidup perlu teruskan kehidupan
dan yang pasti kehidupan itu mengajar kita erti perjuangan
perjuangan yang tidak akan berkesudahan
sehinggalah Malaikat Izarail datang menjemput kita


"Hidup ini kena cekal, tabah, kuat. Memang susah tapi jangan menyerah" - Bah





  • Share:

You Might Also Like

0 comments