demi "kita"

By Syazwani Shamsul - 9:27 PM

kadang aku merasakan hubungan itu begitu indah atas nama cinta
malah ia terukir sebagai suatu kenangan manis yang indah bila diceritakan
terpampang elok baik segala
tapi semua itu hanyalah dibait kata

hubungan itu pelbagai ragam
takkan cantik sepanjang masa
ego dan amarah menjadi suatu lumrah yang entah siapa antara kau atau aku yang mampu membidasnya?

hari demi hari, musim bertukar musim
segala perit jerih aku perjuangkan
demi menakluk bahagia yang diimpikan
kekuatan yang aku pegang teguh semoga takkan habis sampai ke penghujung
kerana kau yang aku sanjung

kerana segalanya hanya
demi "kita".

  • Share:

You Might Also Like

0 comments